Uncategorized

Kisah Cinta Kita

Tanggal 31 Mac 2019, saya telah bergelar isteri kepada seorang jejaka yang bukan sahaja bekerja di dalam bidang sama tetapi beliau juga merupakan seorang yang sangat ikhlas dalam menunaikan apa-apa permintaan.

Bermula perkenalan hanya di Muka Buku, ianya bukanlah kejutan untuk mengenali seseorang yang kita tak kenal. Kerana ramai lagi rakan sekerja yang mengenali beliau. Lama-kelamaan setelah mendapat izin keluarga, kami meneruskan hubungan ke peringkat seterusnya.

Keluarganya menghantar cincin sebagai tanda merisik dan kami pun bertunang. Dugaan bertunang tu mungkin ada sedikit tetapi percayalah kita mesti yakin pada Allah bahawa Dialah sebaik-baik perancang.

31 Mac merupakan tarikh kami bernikah. Selepas majlis perkahwinan, kami memilih negara Turki sebagai percutian Bulan Madu selama 8 hari. Memang keadaan di sana memberi pengalaman yang cukup indah. Mengikuti travel guide dari Kaki Travel Istanbul, kami sangat gembira dengan perkhidmatan yang diberikan. Merentas 4 negeri di Turki iaiti Istanbul, Bursa, Cappadocia, dan Pamukkale; banyak perkara yang akan dikongsikan nanti.

Walaupun selepas itu kami berjauhan, saya terus menanti supaya suami dapat menyambung pengajian berdekatan dengan saya.

Alhamdulillah, dengan rezeki Allah. Bulan Jun, suami berjaya mendapat tawaran dari universiti terkemuka di Malaysia.

Dalam masa yang sama juga, saya disahkan hamil dan berasa lega suami ada bersama dengan saya. Saya buat keputusan untuk bersalin di Pusat Perubatan Universiti Malaya memandangkan mudah untuk suami datang jika saya admit ward di sana.

Di Bursa.

Alhamdulillah, 1 Januari 2020, seorang bayi perempuan selamat dilahirkan di PPUM. Terima kasih saya ucapkan kepada semua kakitangan kesihatan di Sungai Buloh dan PPUM. Waktu berpantang, saya tinggal di rumah Mama. Semuanya baik-baik sahaja. Allah saja yang mampu membalas jasa kalian.

Semoga segala nikmat yang Allah berikan kepada kita semua, dapat kita sama-sama bersyukur dan terus yakin akan rezeki Allah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s