Uncategorized

Bumi Mengajar Erti Kehidupan Sementara

Syukur ke hadrat Ilahi melimpahkan segala nikmat hidup kepada hamba-hambaNya.

Baru-baru ni terbaca satu post kongsian di FB mengenai seorang rakyat Malaysia di Jerman yang menceritakan kekayaan harta dan kekayaan nikmat hidup orang negara luar.

Sangatlah terkagum dengan cara pemikiran ‘foreigner’ ni. Mereka tidak hidup mewah, hanya hidup dengan apa yang perlu seperti kereta untuk keperluan bergerak, rumah sebagai asas untuk berteduh. Kereta mereka bukanlah kereta berjenama ‘high class’ dan rumah mereka hanya biasa saja. Mereka lebih pentingkan bercuti ke negara-negara luar. Mereka tidak berimpikan majlis yang bermewahan seperti orang kita. Orang kita hanya tumpu pada ‘Apa Yang Orang Kata’. Jika kita hidup berlandaskan ayat tersebut, makanya kita hanya ingin menunjuk-nunjuk dan yang menanggungnya adalah diri kita sendiri.

Dengan mempunyai hobi yang suka mengembara sekali sekala dapat membuka minda kita, melihat budaya masyarakat luar, dan berkongsi perkara yang baik; dan mungkin ada yang boleh kita bawa balik ke negara sendiri. Contohnya, mengenai adab di meja restoran. Jika di negara luar, kita lebih mengetahui bahawa masyarakat mereka mengamalkan mengemas meja sendiri.

Di negara kita sendiri, masih belum ramai lagi yang mempunyai kesedaran seperti itu. Negara Jepun, kita mengetahui mereka mempunyai tahap disiplin yang tinggi. Jadi apa salahnya perkara yang baik, kita ikut. Rata-rata ramai yang tinggal di luar negara mengatakan nilai Islam itu sendiri lebih banyak dilihat dan diamalkan di negara yang bukan pemerintahannya adalah Islam.

Berbalik kepada kemewahan yang disebutkan di awal cerita tadi, janganlah kita terlalu mengejar harta dunia sehingga berhambakan apa yang orang akan kata. Cukuplah sekadar untuk kita hidup di dunia ini dengan bersederhana dan berkemampuan. Sedangkan dunia ini hanyalah sementara.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s