Uncategorized

Tinggal di Selangor, nikah di KL.

Memandangkan saya dan pasangan tinggal berjauhan semasa kami mengikat tali pertunangan. Seorang di Selangor dan seorang lagi di Sarawak. Masing-masing mempunyai masa yang terhad untuk uruskan dokumen nikah

Saya dan pasangan bersetuju membuat keputusan untuk bernikah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur atas alasan tertentu, jadi kami perlu menyediakan dokumen lebih sedikit.

Mula-mula mestilah kena ada Sijil Kursus Pra-Perkahwinan dan keputusan HIV yang diambil di Klinik Kerajaan.

Fotostat dalam 5 keping. Untuk digunakan pada kemudian hari.

Daftar di laman web https://ncr.jais.gov.my/

Isi borang yang dilampirkan. Jangan risau bila keluar banyak senarai borang. Kita hanya perlu isi apa yang perlu sahaja. Senarai semak pun ada disediakan.

Ni contoh borang yang perlu diisi

Dah siap isi borang, boleh simpan dulu atau terus daftar. Saya banyak bertanyakan soalan berkaitan dengan borang pada JAIS dan jurunikah di kawasan tempat tinggal saya. Mereka banyak membantu.

Untuk mencari saksi waktu nikah nanti, pastikan mereka bersedia untuk berjumpa Penolong Pegawai Daftar Nikah. Bersedia tu maksudnya lapang dari segi masa untuk menandatangani dokumen nanti. Alhamdulillah, saya dan 2 orang saksi dari keluarga sempat berjumpa Penolong Pegawai Daftar Nikah tersebut.

Selepas dah siap dokumen di Selangor, saya dan pasangan pergi ke JAWI pula untuk mengisi dokumen nikah. Dah selesai semua, baru saya hantar dokumen yang lengkap kepada Jurunikah di masjid yang dah dipilih.

Nampak macam banyak kerja, kan? Tapi itulah sedikit sebanyak yang boleh saya kongsi berkenaan borang nikah.

Rasa macam cantik, pula? Hehehe.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s