Uncategorized

Cuti-cuti Malaysia: Sabah, Bab 1

Sabah merupakan antara negeri di Malaysia yang mempunyai tarikannya tersendiri.

Antara tempat tumpuan pelancong ialah ialah Kota Kinabalu dan Kundasang. Bagi saya, memang tak jemu datang ke Negeri di Bawah Bayu ni. Pertama kali datang dulu, masa tahun 2015. Pergi dengan rakan kolej KPTM Kota Bharu dan Kolej Kejururawatan Seremban. Kedua-dua mereka merupakan sahabat karib saya.

Kak Chik dan Aaliyah. Antara sahabat yang saya takkan lupa.

Pengalaman pertama nak jejak bumi Borneo memang penuh kenangan. Dah sampai airport masa tu, kami boleh pergi makan dulu, relax kejap. Sampai masa je, baru nak check-in. Ha, apa lagi..disebabkan dah lewat, tambah pula masa tu pertama kali datang KLIA2.. nak pergi ke gate memang jauh rupanya. Kaunter check-in pun tak terima dah luggage. Apa yang kami buat? Kami terus bergegas pergi ke gate. Dengan Aaliyah pakai skirt labuh pun dan bagasi besar lagi. Kami lari juga. Takut terlepas flight pula nanti.

Hampir sampai sahaja di gate, kami tengok ramai yang tengah beratur nak masuk flight. Hahahaha. Bayangkan dengan berlari jauh.. sampai orang yang ada kat sana pun pandang-pandang kenapalah anak dara 3 orang ni berlari. Lega kami sebab sempatlah nak naik flight. Luggage Aaliyah diletakkan di kawasan khas yang disediakan.

Masuk je dalam kabin, nak cari seat. Adalah 2 orang pak cik ni pandang kami dan gelak-gelak. Agaknya mereka nampak kot kami lari sana sini. Kenangan sungguh masa nak pergi.

Sampai sahaja di sana, Kak Chik dah contact En. Ahmad untuk uruskan trip kami di sana. Setakat post ni ditaip, saya dah banyak kali berurusan dengan beliau untuk trip ke Sabah. Ada yang trip sehari pun, beliau boleh uruskan.

Kami tinggal di hotel berdekatan dengan Imago. Senang kami nak cari makan. Kebetulan masa trip kami di sana pun, ada persembahan kebudayaan dari serata dunia. Memang untung dapat tengok tarian dari banyak negara.

Antara tempat yang korang boleh pergi di Sabah ni:

  • Mari-Mari Cultural Village
  • Taman Marin Tunku Abdul Rahman
  • Rumah Terbalik Sabah
  • Observation Deck
  • Pasar Filipina
  • Kundasang Memorial
  • Desa Fairy Farm

Sebenarnya, banyak lagi tempat yang menarik. Senarai di atas tu, hanya sebahagian saja saya kongsikan. Post yang akan datang saya akan beri list lagi. Untuk pengetahuan semua, kedatangan kami pada waktu 2015 ni adalah selepas sahaja kejadian gempa bumi yang berlaku di Sabah.

Berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu yang menjadi kebanggaan kita.

Dalam sama-sama kita menikmati keindahan ciptaan Tuhan, jangan kita lupakan hubungan antara kita dan sahabat. Terima kasih, Kak Chik dan Aaliyah. Sahabat dunia akhirat.

Oh ya, masa post ni di-update, adik Kak Chik, Zulhilmi baru sahaja mengeluarkan single terbaru yang bertajuk Satu. Kalau ada yang menonton drama di TV3 sepanjang bulan Ramadhan, mesti familiar dengan drama bertajuk Bukan Gadis Biasa lakonan Remy Ishak dan Ayda Jebat. Keep it up, Zul!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s