Uncategorized

Dapur Mameen: Resipi Sambal Ayam Serai Chef Adu

Hari ni mencari resipi nak buat sambal ayam yang ringkas. Cari punya cari, terjumpa Chef Adu punya resipi. Sukatan tu memang saya tak berapa nak pasti banyak mana. Jadi, kita guna saja apa bahan yang ada. Maka, terjadilah resipi Sambal Ayam Serai Chef Adu.

Bahan-bahan:

  • 8-10 ketul ayam (gaul bersama garam dan kunyit, digoreng)
  • 2 batang serai
  • 6 sudu makan cili kisar
  • Bawang Merah 1 labu
  • Bawang putih 3 ulas
  • 1/2 inci halia (dirincik halus)
  • 1/3 cawan air asam jawa
  • 1 sudu gula perang
  1. Gaulkan ayam bersama kunyit dan garam. Saya gunakan 1 sudu teh kunyit dan 1/2 sudu teh rock salt.
  2. Gorengkan ayam sehingga masak. Tak perlu garing.
  3. Asingkan ayam yang telah digoreng.
  4. Masukkan 2 batang serai dan tumis.
  5. Kemudian, masukkan bawang putih, bawang merah serta halia. Tumis sehingga wangi.
  6. Masukkan pula, cili yang telah dikisar. Gaulkan dan pastikan masak sehingga pecah minyak.
  7. Masukkan air asam jawa.
  8. Kacau, dan masukkan gula. Garam tak perlu letak sebab masa goreng ayam tadi sudah dilumurkan garam.
  9. Biarkan seketika, masukkan ayam telah digoreng.
  10. Sedia untuk dihidang.
Ok lah kan..dapat pujian dari Encik Suami.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s