Uncategorized

Buku Pink jangan lupa bawa

“Bawa.. daku pergi…buku merah jangan lupa bawa..”

Buku merah yang saya maksudkan tu buku pink ibu hamil sebenarnya. Tapi dalam lagu Zizan tu memang buku merah yang dimaksudkan ialah passport. Nampak je kecil buku ni, tapi buku ni memang saya ibaratkan seperti IC. Perlu dibawa kemana-mana sepanjang hamil. Kalau terjadi apa-apa pada ibu, buku ni boleh dijadikan sebagai rujukan.

Apa yang ada di dalam buku pink ni? Bukan setakat notes pemeriksaan dari klinik sahaja, tapi ibu-ibu boleh mengambil ilmu di mukasurat bahagian belakang. Antaranya, urutan dan senaman untuk ibu, pemakanan, posisi tidur, kaedah perancang, dan macam-macam lagi.

Kalau di bahagian hadapan pula, kita boleh tengok carta gerakan bayi. Carta ni, ibu perlu tandakan diawal pagi dan kira gerakan sepanjang hari. Jika sudah cukup 10 kali, catitkan masa sekali. Jika bayi kurang gerak, perlulah berjumpa dengan anggota kesihatan.

Pertama kali saya membuka buku pink ialah waktu kandungan saya berusia 10 minggu. Untuk membuka buku pink, kandungan mestilah di bawah 12 minggu. Pada waktu ini, doktor akan membuat imbasan ultrasound pada ibu untuk memastikan kewujudan kantung.

Selepas kandungan dipastikan, saya diberi Folic Acid. Ini bagi mengelakkan kecacatan pada janin terutamanya pada trimester pertama. Selepas sebulan, saya hadir untuk temujanji seterusnya. Pemeriksaan dilakukan oleh jururawat dan pengambilan darah FBC diambil.

Full Blood Count ni, kita boleh lihat paras Hemoglobin yang normal. Untuk wanita hamil, paras Hb amat penting untuk kandungan. Disebabkan paras Hb saya memang rendah sebelum kahwin lagi, saya mempunyai sedikit masalah semasa hamil. Hb saya pernah turun sehingga 9.6 sepanjang kehamilan. Dari start Haematenic ¹/¹ sehingga ke Zincofer, saya perlu tukar ke Maltofer baru bacaan Hb saya naik.

Nak mencari Maltofer pun susah juga masa tu. Stok cepat habis. Katanya, pengeluar tablet tersebut tak hasilkan Maltofer dah. Wallahualam. Masa tu, merata saya cari Maltofer. Memang di farmasi luar pun banyak habis. Terpaksalah saya beli online. Saya beli dalam 4 kotak untuk kegunaan akan datang. Pemakanan pun saya kena ambil betul-betul. Minuman kafein memang saya tidak ambil lagipun boleh mengganggu penyerapan iron dalam darah.

Antara makanan yang saya amalkan untuk mencapai tahap Hb yang baik, saya mengambil Ikan Salmon, Buah Delima, buah Jambu, Sayur Bayam, dan Ikan Bilis. Alhamdulillah, naik juga sikit bacaan Hb.

Selesai masalah Hb, masalah jangkitan di Urinary Tract pula berlaku. Susah juga kalau nak kena kerap minum air ni.. rasa sengkak je perut. Tapi apakan daya, kena juga minum. Siap masuk ward dan start Cefuroxime pula. Macam-macam dugaan juga. Tapi admit sehari dua macam tu je. Malu juga bila kenal orang yang rawat kita.

Segala discaj note, treatment apa yang diambil, doktor akan berikan pada kita. Kita pun perlulah jaga dokumen tersebut dan staple kan di buku pink tu. Senang nak rujuk.

Selain membuat booking di KK, saya buat juga booking di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Mudah untuk suami datang nanti. Macam mana nak booking bersalin di PPUM? Pastikan dah buka buku pink di KK. Daftar terus ke Klinik Antenatal, O & G di Kompleks Wanita dan Kanak-kanak PPUM. Masa daftar ni, staff di kaunter akan tanya kerja swasta atau kerajaan. Disebabkan saya penjawat awam, saya perlu lampirkan sekali GL dari Unit Sumber Manusia dari tempat kerja. Masa daftar pertama kali, mereka akan beri senarai dokumen yang perlu dibaca seperti salinan kad pengenalan

Suami pula menyambung pengajian di UM, jadinya staff di kaunter minta sekali kad pengenalan suami. Dua-dua dikemaskini dalam sistem. Untuk temujanji akan datang, tiada bayaran dikenakan. Kos sepanjang rawatan antenatal dan kemasukan wad di PPUM, hanyalah caj RM 15 sahaja. Selepas bersalin, buku pink akan dikemaskini sekali.

Ingat, buku pink ni kena sentiasa bawa bila-bila sepanjang hamil sehinggalah bersalin. Masa bayi checkup sebulan pun kena bawa juga sebab ibu pun akan diperiksa sekali. Kalau nak mudah, simpan saja buku pink dan dokumen berkaitan antenatal dalam satu fail.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s