Makan Angin

Staycation di KL

Dah lama tak update blog. Kali ni saya kongsi pasal staycation. Staycation? Apa tu? Perkataan ni pun baru-baru jugalah saya dengar. Maksud dia lebih kurang macam ni. Kita pergi bercuti dalam satu hari satu malam je. Tak kisahlah kat rumah ke atau luar. Kalau kat rumah tu, selalunya saya tengok idea mat Saleh tu dorang deco cantik-cantik luar rumah. Siap ada tent, wayang, barbeque, dan macam-macam lagilah. Korang search je staycation at home.

Staycation dekat-dekat pun jadilah.

Staycation memang korang kena feel relax je. Ala-ala vacation la gitu. Ambil satu hari cuti pun jadilah. Lepas tu, pilihlah nak stay kat hotel ke atau kat rumah. Kalau pilih hotel, korang plan nak pergi mana dalam kawasan yang terdekat kat situ. Nak duduk kat dalam bilik hotel pun tak ada hal punya. Korang sendiri punya plan. Kalau korang nak staycation dalam rumah, boleh buat aktiviti apa yang suka. Jemput sekali ahli keluarga ke atau kawan untuk join sekali.

Okay, kembali kepada tajuk. Kali ni saya nak kongsi staycation kami di KL. Tinggal dalam Lembah Klang, tapi tetap nak bercuti dalam Lembah Klang juga. Bezanya negeri saja. Tinggal di Selangor, staycation di KL. Feel orang bandar kononnya.

Ada rambut ke tak ada ke. Janji jacket kita sama.

Asalnya, Mr. Husband nak jumpa kawan-kawan kat KL ni. Nak jumpa kawan, mesti ajak isteri sekali. Tu pun, kalau ada geng isteri-isteri sekalilah. Kalau tak, takkanlah saya nak join. Bagi me-time untuk husband.

Jadinya, pilihan hotel yang kami stay ialah di Corus Hotel. Dekat dengan KLCC, sebelah Tapak Urban Street Dining. Nak cari makan pun senang.

Nampak satu je jagung KLCC. Hihihi.

Malam tu, saya join juga sebab yang lain pun bawa isteri sekali. Kami semua jumpa di Tapak Urban Street Dining. Seronok sembang. Pilihan makanan pun banyak.

Dah nak lewat malam, geng-geng lelaki masih sibuk berborak. Tunggu orang kemas kerusi, baru kami gerak balik hotel. Nasib baik sebelah je. Jalan kaki berapa saat je, sampai dah.

Keesokkan harinya….jeng jeng jeng. Bangun pergi sarapanlah. Book sekali dengan breakfast. Nasib baik tak ramai orang. Lega… makanan memang dihidang oleh pekerja hotel sendiri. Bagitahu je nak makan apa.. nanti mereka ambilkan. Tapi masih dalam bentuk Buffet. Elok juga macam tu, tak adalah kita rakyat Malaysia yang selalu mewah dengan makanan ni ambil banyak-banyak. Lastly, membazir.

Pakai baju Auntie Mira Filzah (bukan nama sebenar) & Auntie Syue hadiahkan

Dah checkout hotel, kami pergi Melawati Mall. Pergi awal-awal tak adalah orang sangat. Tapi itu hanyalah expectation. Reality is…. ramai juga orang. Nak masuk makan, kena tunggu turn. Dah habis makan, kami sajalah round dalam mall.

Kebetulan masa tu, Skechers ada buat promosi. 2nd pair, RM1. Alang-alang kat situ ada butik Skechers, apa lagi kita redahlah. Tapi mana boleh redah macam tu je Cik Non. Beratur jugalah. Tak boleh ramai-ramai dalam tu. Bila dah sampai turn kami. Intai-intailah mana yang berkenan. Tapi tak ada saiz pula. Frust sungguhlah cheq. Tak ada rezeki namanya. Yang ada rezekinya, Mr. Husband. Tapi beli kasut yang bukan harga promosi. Nak beli untuk anak, belum boleh berjalan lagi.

Dah puas membeli, kita balik rumah je lah. Dapat staycation satu hari satu malam pun dah seronok. Lepas ni, tunggu masa sesuai pula bila lagi nak pergi bercuti jauh.

Staycation di Bandar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s