Makan Angin, Uncategorized

Merdeka di Doubletree Melaka

Tak berapa last minute jugalah dapat tahu nak pergi bercuti di Melaka. Nasib baik memang dah request cuti sampai 1hb September. Habis saja balik kerja, siap-siap terus gerak ke Melaka. Lebih kurang 3 jam juga sampai. Lagipun public holiday masa tu. Kami memang tak ada plan pun nak berjalan mana kat Melaka. Banyak duduk dalam bilik sahaja. Dengan keadaan cuaca pun panas. Musim COVID-19 lagi. Terhadkan masa nak keluar bilik.

Hotel yang kami stay ialah Doubletree by Hilton. Hotel ni satu bangunan dengan Hatten Hotel. Kat atas sekali, ada Sky Deck untuk tengok pemandangan bandar Melaka. Kalau siapa tak puas naik Menara Taming Sari, bolehlah pergi Sky deck. Tapi masa kami pergi ni, Sky Deck tutup. Untuk penginap Hotel Doubletree dan Hatten, kemasukan adalah percuma.

Reception di Tingkat 12.

Nak cari Doubletree hotel ni tak susah pun. Sampai je bangunan tu, masuk naik cari parking dulu di tingkat 5. Lobby dekat G floor bukan untuk reception. Kena naik pergi tingkat 12, baru jumpa kaunter reception. Masa checkin ni tak perlu deposit pun. Kami stay untuk 2 malam. Dapat baby cot dan 2 keping Signature Cookies Doubletree by Hilton. Percuma ye.

Dapat masa checkin. So yummy.

Dah malam tu, penat nak keluar. So, order je lah makan kat bilik. Sedap tu memang sedap. Tapi kalau nak jimat, better order GrabFood.

Ultimate Kampung. Puas hati makan. Lagi satu menu, hubby order Roasted Chicken. Ni lagi sedap dari Kenny’s.

Day 1, kita duduk dalam bilik sahaja. Day 2 dan Day 3, kita keluar bilik. Pergi 2,3 tempat pun okay dah. Makanya, hari kedua tu, kami sarapan dulu di hotel jam 8 pagi. Untuk si kecil, nak buat bubur sendiri tak sempat macam pergi ke arah utara sebelum ni. Nasib baik, hotel ada sediakan bubur. Seronok si anak makan tengok ramai orang.

Sambil makan, jenguk-jenguk orang sekeliling sekali.

Bermulanya hari kedua, selepas sarapan kami bersiap untuk berjalan. Kali ni, tema warna putih pula. Seronok sebenarnya pakai tema sama ni. Teringat juga masa trip dengan kawan-kawan dulu, berjalan nak sama warna tudung, baju sama design. Sekarang, dah berkeluarga, kita pun nak sama dengan orang tersayang.

Masa ni kami plan naik Grab je. Waktu cuti memang Bandaraya Melaka sibuk. Penuh kereta dalam bandar.

Mini Monkey mesti kena bawa.

Grab Car yang kami naik ni tak dapat nak hantar sampai ke A’ Famosa. So, kami ambik keputusan turun dari kereta dan jalan kaki saja. Lagipun sekejap je sampai.

Cantik-cantik beca kat Bandar Melaka ni. Siap pasang lagu lagi.

Dah habis jalan-jalan kat A’ Famosa ni, perut pun dah lapar. Kami masuk shopping mall, tapi tak ada yang menjadi pilihan kami pun. Jalan punya jalan, kami masuk ke Me’Nate. Selama dengar nama restoran ni, ni pertama kali saya jejak ke restoran famous ni. Memang sangat-sangatlah memuaskan.

Yummy, Yummy, Yummy, Yummy (Nyanyi dengan nada lagu Justin Bieber, tau)

Dah kenyang makan, kami pun balik bilik hotel je. Memang tak plan pun nak berjalan lagi.

Inilah dia pandangan dari luar hotel.
Baby Sophia seronok sangat kalau dapat buku ni.

Dah habis hari kedua kami, sambung hari esok pula. Birthday masa PKPP. Macam biasalah, bangun turun sarapan dulu. Tapi…tapi..memandangkan 31 Ogos merupakan tarikh yang special. Mestilah kena ada kelainan.

Apa yang lain tu..

Swiftie always be a Swiftie

Gagah mencari Baker untuk buat kek Taylor Swift ni. Konsep cupcake ni memang bertepatan sangat dengan kehendak saya. Nasib baik baker Simply Irresistable ni mudah berbincang. Completed 8 albums! Setiap cupcake ni ada ciri-ciri dalam album tu sendiri.

  1. Taylor Swift: Guitar
  2. Fearless: Hand Love Sign
  3. Speak Now: Yellow Dress
  4. RED: Sunglasses & Red Lipstick
  5. 1989: Dove
  6. Reputation: Snake & Black Boots
  7. Lover: Pastel Butterflies
  8. folklore: cardigan

Merdeka di Bandar Melaka

Ha.. sekian saja perkongsian dari negeri bersejarah, Melaka. Jalan-jalan mana yang sempat je lah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s