Foodie, Makan Angin

KL EAST MALL-Lain dari yang lain

Assalamualaikum.

Siapa yang pernah membesar sekitar kawasan Gombak, Setapak, Wangsa Maju, dan sekitarnya mesti teruja ada pusat beli-belah yang baru. Kalau sebelum ni, penduduk sekitar situ lebih banyak pergi ke Aeon Alpha Angle, Aeon Big, Wangsa Walk Mall, M3, dan Melawati Mall.

Berdekatan dengan Melati Utama dan Jibby&Co, mudah sahaja nak lalu ke situ. Kalau dari Batu Caves, terus saja laluan ke Taman Melati, jumpa simpang empat lampu isyarat tu, ambil lorong kiri. Papan tanda pun dah ada nak ke sana. Nak keluar nanti pun keluar ikut simpang empat tadi.

Parking percuma sehingga bulan Februari nanti. So, boleh jimat lagi bab parking. Lif dan escalator pun banyak. Buat masa ni kalau datang awal pagi hari bekerja, In sya Allah kurang pengunjung.

G22 dekat dengan escalator

Tujuan utama saya pergi ke sana sebab nak cari buku untuk anak. Tak sangka kedai buku Book Xcess ada buka kat situ. Kalau masuk situ je, memang rambang mata. Ni cawangan Book Xcess yang kedua saya pergi. Yang pertama di Tamarind Square, Cyberjaya.

Bahagian depan pintu book Xcess. Bersebelahan dengan Butik H&M.

Berjam jugalah saya mencari buku untuk anak. Sebenarnya tak habis pusing pun. Nak cari buku anak saja dulu. Lain kali datang, nak cari buku lain pula. Alang-alang nanti bolehlah saya nak ke salon sekali nanti. Dah buat pilihan untuk beli, cari kaunter terus untuk buat bayaran.

Quotes from Public Figure
Antara buku yang ada
Siap ada meja dan kerusi lagi untuk baca

Staff di book Xcess ni memang friendly. Untuk wrap buku ada caj. Tunggu tak lama pun tapi yang bagusnya staff kat situ, siap datang cari pelanggan untuk bagi bungkusan. Minta maaf pula tu. Boleh bagi 5 bintang atas layanan staff.

Sambil tunggu staff wrap buku, minum pagi kat cafe ni. Harga RM 50 untuk dessert dan chocolate drinks. Carrot Cake pun ada juga. Tapi dah habis makan, baru perasan.

“BELI BUKU SUDAH, MINUM PAGI PUN SUDAH, SEMUA SUDAH”. Nyanyi dengan nada lagu Elizabeth Tan. Jom kita jalan kat centre pula tengok Deco Krismas. Simple but nice. Tak dapat pergi oversea. Merasa kat sini je lah. Yang menariknya dalam mall ni, ada ice skating tau. Lain dari mall yang ada kat sekitar Gombak ni.

Ini yang sempat

Memandangkan sejak jadi mak ni, saya memang suka tengok nursing area setiap mall. Adakah selesa untuk saya dan anak berehat sekejap. Seperti mall yang lain, yang asas mestilah ada. Kerusi, tempat tukar lampin bayi, sinki, dan air minum.

Tempat tukar lampin
Rocking Chair in Nursing Room.
Kepala paip sinki yang diambil.

Dah habis masa kat book Xcess tadi, pergi Toys r Us pula. Lagi rambang mata. Mak pula rasa teruja. Harga ahli dengan bukan ahli ada beza sedikit saja. Nak wrap pun ada caj.

Tunggu anak besar sikit, bolehlah nak pilih sendiri nanti.

Kat Toys r Us ni, saya beli beberapa mainan je. Nak beli banyak tunggu anak besar lagi. So, saya beli train dari jenama J’adore . Jenama dari Paris ni guna bahan daripada kayu. Nak beli Lego Duplo, saya dah beli kat Shoppe. Harga kat sini RM 169.90. Di Shoppe, RM 135. Seller kata nak habiskan stok. Mainan original. Harap-harap betul.

Dah beli barang, masa untuk makan! Restaurant memang banyak. Tapi ada menu yang masa belum dalam senarai. Untuk makan, saya pilih restoran Calia. Kat Pavilion pun ada restoran ni. Ni kali pertama saya pergi. Staff friendly. Makanan plus plus sedap. Siapa yang ada anak kecil boleh bagi makan nasi lauk Salmon. Tak pedas. Nak request without chili pun Chef okay. Cutlery restoran ni macam Korea sikit. Jenis muka sudu tu besar. Puas la makan. 😅

Asalnya Australia.

Banyak lagi restoran yang boleh cari. Restoran Chef Wan pun ada. Serai pun ada. Mana-mana boleh pilih. Yang bagusnya kat KL EAST Mall ni, ruang kedai kecil-kecil. So, pengguna akan diberi banyak ppilihan.Sementara parking free tu, bolehlah datang cuci cuci mata sikit.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s