Makan Angin, Uncategorized

Lokal: Zoo Negara

Assalamualaikum.

Memandangkan Selangor dan Wilayah Kuala Lumpur masih dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), saya menggunakan peluang ini untuk berjalan ke Zoo Negara bersama keluarga. Memilih hari bekerja untuk melihat binatang yang ada, sedikit sebanyak memberi keselesaan kepada diri sendiri dan anak kerana tak perlu bersesak dengan orang ramai.

Tiket dibeli melalui online seminggu sebelum tarikh pergi. Saya hanya beli di Shoppe. Walaupun ada kelebihan tiket percuma sebagai frontliner, saya baru dapat info 3 hari sebelum itu. Seller akan hantar tiket berbentuk soft copy.

Sampai sahaja di Zoo Negara, parking dikenakan sebanyak RM 10 sekali masuk. Terus ke kaunter tiket yang disediakan. Kaunter tiket online dan walkin adalah laluan berbeza. Semasa saya pergi, dua laluan tersebut tidak mempunyai ramai orang. Servis pun cepat. Sampai sahaja di kaunter, tunjuk kepada staff soft copy tersebut. Senang cerita tunjuk je maklumat yang seller hantar. Staff akan scan barcode tersebut. Jangan lupa, bawa MyKad sekali. Selepas barcode disahkan, kita akan diberi wrist band.

Masuk sahaja laluan masuk, jurugambar akan menyambut kedatangan kita untuk bergambar di belakang backdrop Zoo Negara. Terdapat 3 tema iaitu wild animal, panda, dan flamingo. Dalam masa sejam, gambar boleh di claim di kaunter gambar. Saya beli satu keping sahaja. Harga RM 50 . Dapat 2 fridge magnet. Untuk pakej lain boleh je pilih di kaunter sana. Ada sampai mencecah RM 200. Pilihan masing-masing.

Banyak sebenarnya tempat yang tengok di zoo ni. Tapi kami tak dapat jejak semua tempat. Target nak tengok Panda sekali. Tapi tak sempat. Kalau ada peluang, boleh pergi lagi. Apa yang sempat dan paling teruja ialah tengok harimau depan mata. Anak pun terpegun.

Di dalam zoo memang banyak kerusi untuk pelancong berehat. Kalau ada yang bawa makanan dari luar, tak ada masalah. Siap ada yang berkelah lagi. Kami bawa bekalan ringan sahaja. Tapi untuk anak, memang bawa makanan yang berat sekali. Mana boleh skip waktu makanan.

Okay, siapa pernah tengok filem P Ramlee, Masam-masam Manis mesti perasan salah satu lokasi penggambaran adalah di Tasik Zoo Negara. Kerusi yang mereka dating dulu masih ada. Boleh nak bergambar kenangan di situ sambil nyanyi “Dalam air…ku terpandang wajah…”. Ha, masuk!

Dah berangan kat tepi Tasik Zoo Negara, kami ambil keputusan untuk balik. Lagipun, hujan dah mulai rintik masa tu. Harap-harap boleh datang lagi. Sebab main attraction Panda pun tak tengok. Nak bawa pergi akuarium pun tak dapat. Lagipun, anak dah tidur. Mimpi fish je la nanti. Itu sahaja yang nak dikongsikan. Bye!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s