Makan Angin, Town/City, Uncategorized

Staycation: Mandarin Oriental Kuala Lumpur

Keadaan biasa di hotel. Boleh tahan ramai.

Assalamualaikum.

Kali kedua untuk tahun 2021 tidur di bandar Kuala Lumpur. Asalnya nak tidur di Pulse Grande Hotel, Putrajaya. Memandangkan Wilayah Putrajaya dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), tak dapatlah kami nak meneruskan hajat ke sana sebab arahan dari Majlis Keselamatan Negara (MKN) pun dah arahkan negeri di bawah Perintah Kawalan Pergerak Bersyarat (PKPB) tidak boleh merentas negeri.

Baiklah, keputusan last minute kami pilih staycation di Mandarin Oriental Kuala Lumpur. Berada betul-betul depan Menara Berkembar KLCC. Tapi kami pilih city view. Untuk park view dan KLCC view harga lain. Ada bilik yang mencecah puluhan ribu ringgit. Jadi, ini sahaja pilihan bilik yang tinggal. Sebab ramai yang booked. Lagi pulak untuk frontliner ada harga istimewa. Untuk kami berdua, tawaran bilik tu dah habis.

Okay, yang menariknya tentang hotel ni. Servis. Memang tip top. Dari awal keluar lif sampailah ke servis in room dining. NORA BAGI 5 BINTANG! Masa keluar lif nak ke lobi tu akan ada bellboy untuk lihat kita scan QR code hotel dan check suhu. Kemudian, beliau akan bagitahu arah mana nak ke lobi. Masa sampai lobi tu memang ramai yang beratur untuk checkin. Tapi servis kaunter pun cepat. Staff yang saya berurusan bernama Jeanette memang sangat friendly dan beri maklumat apa perlu. Kalau kita daftar sebagai M.O Fans akan diberi Welcome Treat berbentuk biskut di dalam kotak. Masa dapat kotak ni, ramai yang memerhatikan saya dan kotak tersebut. Daftar hanyalah percuma. Boleh daftar di kaunter terus. Perkhidmatan WIFI akan diberi high speed.

Sebaik sahaja mendapat kad akses bilik, kami terus ke lif. Di situ pun, akan ada staff yang iringi kita. Lagi pula, nak memastikan kapasiti penumpang lif adalah tidak sesak dan mengikut S.O.P yang ditetapkan kerajaan.

Laluan ke bilik hotel.

Sampai sahaja bilik, saya akan tengok view. Okaylah daripada tengok bangunan dalam construction sebelum ni. Yang ini, nampak juga jalan raya, taman kecil, dan bumbung bahagian depan hotel. Kami dapat bilik awal pada jam 2 petang. Masa untuk berehat. Perut pun dah lapar. Nasib baik sempat beli McDonald di Bukit Rahman Putra sebelum tu. Anak pun dah bangun tidur. Pusing sakan dalam bilik hotel. Seronok di riak wajah si comel.

Ni biliknya. Selesa sangat.
Siap ada bathtub lagi. Anak pun mandi dalam ni je.
Coffee Corner
Essentials kit
Mandian pun bagi banyak. Mandian Basil tu memang wangi.
Cermin nak make-up pun ada.

Tengah melayan anak main, ada bunyi call masuk. Terkejut juga kenapa hotel call. Lepas tu, ada bunyi bell. Kita pun tanya husband siapa. Takkan sebab jadi M.O fans ada lagi barang nak bagi kot. Buka je pintu… “HAPPY ANNIVERSARY!” Terkejut lagi saya…senyum lebar staff yang hantar tu. Siap ada kek hantar. “ENJOY YOUR MOMENT!” Memang servis bagus. So, tanyalah tuan besar, bila masa bagitahu hotel. Katanya, masa buat booking tu, mention for anniversary. Cuma deco je tak sempat. Tapi not bad lah servis hotel ni. Staff senyum je.

Walaupun sepotong je, mak dah happy sangat. Tak sangka tau.
Thank you so much!!!

Sambil menikmati kek anniversary ni, masih tak percaya dan asyik tanya je macam mana detik masa bagitahu pihak hotel mengenai anniversary tu. Perempuan ni memang dah tahu nak tanya lagi. Dah sampai petang tu, mulalah nak mencari makanan. Style kami, kalau tidur hotel adakalanya order dine-in atau GrabFood saja. Berbelah bahagi nak order melalui apa. Keputusan akhir, kami order juga in room dining. Harga menu dia, standby sahajalah RM 200. Meja akan dibawa masuk dengan hiasan dan minuman air kosong. So, tak hairanlah mengapa harganya kita lihat mahal. Lagi pula, bukannya tiap bulan berbelanja sebegini. Rasa memang sedap. Makanan hotel kan. Lagipun hotel 5 bintang.

Yang tengah tu order untuk Shasmeen. Pasta with chicken soup
Nasi Goreng
Burger
Table Set up
Nak tolong order sekali. Total untuk harga Chicken Burger, Pasta Chicken Soup, dan Nasi Goreng Satay = RM 168.

Kebetulan pada 27 Mac 2021 merupakan Earth Hour. Jam 8.30pm, pihak hotel turut serta menyertai kempen sayangi bumi ini selama sejam. Kami turut serta Earth Hour yang berlangsung selama sejam. Apa itu Earth Hour? Boleh tanya Encik Google. Ringkasnya, kita tutup suis elektrik selama sejam. Salah satu kempen sayangi alam sekitar di seluruh dunia

Okay, habis cerita untuk hari pertama. Sambung hari kedua pula.

Hari kedua, kami plan ke Aquaria KLCC. Tak sampai 10 minit pun jalan dari hotel. Awal pagi, kami pergi breakfast dulu di Mosaic. Pilihan makan pun banyak. Ada staff yang akan serve untuk kita di meja buffet. Baby chair ada disediakan sekali. Antara menu yang ada— nasi lemak dengan pelbagai lauk seperti ayam rendang dan ayam sambal, mee goreng, roti, mee Wantan, roti, salad, yogurt dan buah-buahan.

Habis breakfast pun dah dekat pukul 10am. Balik bilik-iron baju, kemas-kemas barang, bersiap semua. Kami checkout awal hari tu. Terus ke Aquaria.

Tiket dah beli awal kat Shoppe, sampai kat Aquaria kena beratur dulu depan pintu Masuk. Nanti akan ada staff minta nombor telefon untuk dihubungi melalui SMS. Estimate waiting time dalam satu jam. Sementara tu, bolehlah nak pergi mengopi kat Starbucks dulu. Dalam masa 15 minit, SMS untuk masuk Aquaria dah dapat. So, tak lah lama nak menunggu lagi.

Laluan masuk Aquaria
Akuarium pertama-ikan piranha.

Dah habis jalan-jalan dalam Aquaria, kami pergi ke Suria KLCC pula. Beli makanan nak makan kat Park nanti. Sebelum pergi ke Park, teman encik suami gunting rambut dulu. Sambil tunggu siap gunting kat Saw Saloon tu, sempatlah bagi Shasmeen lapik perut dulu. Dah siap, baru kami gerak ke Park. Duduk depan kolam tu sambil makan-makan. Dah santai lama sikit baru kami gerak balik hotel ambil kereta terus keluar dari hotel. Masa parking tu, guna Touch n Go je. Boleh refund balik kat office parking level 1 hotel.

Masuk je dalam kereta, kami bergerak ke Wangsa Maju pula menghadiri majlis kahwin sepupu. Kami datang awal sebab tak nak bersesak dengan orang ramai. Nasib baik masa sampai tu, memang tak ada orang lagi. So, 2 round jugalah saya makan. ☺

Selamat Pengantin Baru, Liyana dan pasangan.

Secara overall, stay di Mandarin Oriental Hotel memang best. Boleh repeat lagi. Tamatlah cerita 1 hari 1 malam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s